Khamis, 10 November 2011

Adakah Malaysia Negara Islam?

Adakah Malaysia negara ISLAM?  Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya.  Sebahagian kita mengatakan ”Malaysia bukan negara ISLAM”.  Sebahagian pula mengatakan, “Ya, Malaysia negara ISLAM”. 
Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia.  Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.
Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM.  Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini.  Fenomena ini sangat merisaukan kita.
Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata’ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita.  Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.  Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia.  Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela.  Dan itulah tujuan hukum syariah.
Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH: 
MUSLIM - Seseorang yang beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, malah melakukan beberapa perkara dosa.
Apakah yang patut kita buat sebagai seorang muslim?  Saya rasa majoriti bersetuju bahawa kita mesti menasihati beliau, memberitahu akan hukum-hakam ISLAM yang wajib ke atasnya dan seumpamanya.  Malah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas beliau.  Setuju?
BUKAN MUSLIMSeseorang yang bukan beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat dan melakukan beberapa perkara yang dihukumkan dosa mengikut agama ISLAM.
Wajarkah kita tegur dia kenapa tidak solat?  Kenapa tidak berpuasa?  Kenapa tidak menunaikan zakat?  Bolehkah kita memaksa ke atas beliau untuk mengamalkan ajaran ISLAM sedangkan beliau bukan seorang muslim?
Melihatkan tamsilan di atas, wajar untuk kita sama-sama mengakui bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.  Supaya kita ummat ISLAM berhak menasihati, menegur, mendesak dan mengkritik untuk dibawa Malaysia ke landasan yang asal, iaitu ISLAM.
Malaysia mungkin kita boleh lihat sebagai seorang yang sudah muslim, tetapi belum mengamalkan sepenuhnya ajaran ISLAM.  Sebagai seorang muslim, dia mesti menerima hukum ISLAM.  Dan kita wajar, malah mempunyai hak ke atasnya dalam membentuknya supaya kembali kepada ISLAM.  Tatkala seseorang memeluk ISLAM, dia mesti menyerah diri sepenuhnya kepada ISLAM.
Tetapi, jika Malaysia tidak dianggap sebagai negara ISLAM, kita tidak dapat memaksa untuk ISLAM dijadikan sebagai sistem negara.  Kerana, dia bukan ISLAM.  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (ISLAM) bagi yang bukan ISLAM.
Perjalanan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem ISLAM sepenuhnya adalah proses yang panjang.  Sejak ia merdeka sampai ke hari ini, telah banyak perkembangan positif dari sudut perlaksanaan unsur-unsur Islam telah dimasukkan.  Ini semua adalah perjuangan ummat ISLAM dari pelbagai pihak terutama sumbangan dari ahli cendekiawan dan ulama, serta desakan dari NGO dan harakah Islamiyyah.  Mereka merasakan bahawa negara ini negara ISLAM dan wajar Malaysia ini diberi bentuk yang sepatutnya sebagai negara ISLAM yang lengkap.  Malah, perlembagaan negara turut mengesahkan bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.
Seperti negara yang melalui proses itu, kita juga dalam proses menjadikan diri kita sebagai seorang muslim yang benar-benar telah menyerahkan diri kepada ALLAH.  Banyak yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan supaya kita yang sudah muslim ini dapat melaksanakan 100% apa yang digariskan ALLAH melalui al-Quran dan as-Sunnah.

Sumber rujukan:www.muzir.wordpress.com

Rabu, 19 Oktober 2011

Apabila Al-Quran dilupakan

Apabila al-Quran dihina, masyarakat Islam akan bangkit menyuarakan bantahan. Tidak kurang juga pemimpin Islam sanggup mengeluarkan fatwa bunuh kepada mereka yang menghinanya.
Pada awal tahun 1980-an, apabila Salman Rushdie menyifatkan ayat-ayat al-Quran sebagai ayat-ayat setan, pemimpin tertinggi Iran mengeluarkan fatwa bunuh dan menawarkan hadiah kepada mereka yang dapat membunuhnya.
Beberapa tahun selepas itu, Geert Wilders pula berhadapan dengan pelbagai kutukan apabila turut menyifatkan al-Quran sebagai ayat-ayat palsu yang dicipta oleh Nabi Muhammad bagi menimbulkan kebencian sesama manusia termasuk melakukan jihad ke atas penganut agama lain.
Ada orang Islam yang sanggup berkorban nyawa kerana mempertahankan kesucian ayat-ayat al-Quran dan kerana itulah keotentikannya terus dipertahankan hingga kini. Dalam situasi yang berbeza, atas kepentingan politik, orang-orang Islam sendiri mula mempermain-mainkan kesuciannya sehingga sanggup membenarkan bukan Islam memetiknya sesuka hati.
Ayat-ayat al-Quran dipetik dalam konteks tertentu tanpa melihat kesesuaian konteksnya dan tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Islam yang mendengar. Sebaliknya, pemimpin Islam hanya tersenyum dan cuba memberikan sokongan, kononnya pemimpin politik bukan Islam itu sedang berjinak-jinak untuk memahami al-Quran.
Alasan mereka adalah mudah  para orientalis juga mengkaji al-Quran untuk kepentingan politiknya. Para orientalis menggunakan al-Quran sewenang-wenangnya bagi membenarkan teori yang mereka ciptakan bagi menggambarkan situasi masyarakat Islam. Malah, para orientalis turut membuat tafsiran berdasarkan perspektif mereka sendiri tentang apa yang dibincangkan. Ia turut diambil dan dibincangkan di luar konteks.
Orang Islam turut terpengaruh dengan metod penelitian sedemikian, sehingga ada sarjana Islam sendiri yang ikut menggunakan kaedah ilmiah orientalis dalam melakukan tafsiran semula kepada ayat-ayat al-Quran. Mereka mengambil kaedah tafsiran hermenuetika yang digunakan dalam kajian Bible, dan merangka semula maksud sesuatu peristiwa dalam al-Quran.
Unsur-unsur yang bersifat kembali kepada ajaran sebenar telah ditafsirkan sebagai satu pendekatan yang tidak lagi relevan dengan persekitaran sekarang. Pada pandangan mereka, konteks al-Quran yang diturunkan kepada usaha membentuk kesatuan kabilah-kabilah Quraisy, perlu dilihat semula. Al-Quran perlu diberikan nafas baru, kerana masyarakat Islam sekarang adalah berbeza dengan masyarakat Arab yang mula menerima Islam.
Misalnya mengenai hakikat “tiada paksaan beragama” telah disalahertikan sebagai prinsip universal Islam sehingga orang Islam boleh membuat pilihan sesuai dengan kehendak mereka. Dalam Islam, mereka yang keluar daripada keyakinan Islam dipanggil murtad. Isu murtad ini telah menjadi isu yang amat kontroversi sehingga hampir mencetuskan ketegangan kaum.
Maksud “tiada paksanaan beragama” adalah dalam konteks kehidupan masyarakat berbilang agama dan budaya. Jika umat Islam merupakan kelompok majoriti dan pentadbirannya dikendalikan oleh pemimpin Islam, bukan Islam tidak dipaksa untuk memeluk Islam.
Yang dipentingkan bagi menjamin hubungan yang baik antara Islam dan bukan Islam ialah mereka mesti menerima dan menghormati keyakinan orang Islam. Mereka tidak boleh dengan apa cara sekali pun untuk mempengaruhi orang Islam agar keluar dari agamanya. Bukan Islam tidak dibenarkan menyampaikan kempen agama mereka kepada orang Islam.
Dalam konteks Malaysia, persoalan yang berbangkit dalam masyarakat Islam misalnya isu-isu perkahwinan dan penceraian, pembahagian harta pesaka mestilah diuruskan berdasarkan peraturan syariah. Ini bermakna undang-undang syariah hanya terpakai kepada orang Islam. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, peraturan sivil masih boleh digunakan jika pihak yang berhadapan dengan masalah memfailkannya secara sivil.
Kesucian Al-Quran telah dipertahankan begitu lama, iaitu sejak mula ianya diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Disebabkan ingin menjaga keotentikan dan keasliannya, Khalifah Usman Affan telah mengambil inisiatif untuk menyusunnya menjadi suatu teks suci yang seragam, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa depan. Ini kerana ayat-ayat al-Quran hanya dihafal oleh mereka yang paling dekat dengan Rasulullah SAW, dan setelah menyedari penghafal-penghafal ini semakin berkurangan, ia perlu dikumpulkan.
Setelah dikumpulkan, versi itulah akhirnya dijadikan sebagai versi yang sah. Manakala versi-versi lain, yakni versi yang berasaskan keselor lidah orang-orang tertentu telah dimusnahkan. Hari ini, konteks al-Quran telah dilupakan sehingga bukan Islam sudah berani memetiknya sebagai bahan kempen politik mereka.
Akibat terlalu inginkan kuasa, pemimpin agama sanggup menghalalkan penggunaan al-Quran oleh bukan Islam walaupun di luar konteks. Kerana itulah semakin ramai ahli politik bukan Islam berani memperkatakan mengenai kandungan al-Quran apabila berhadapan dengan pengundi Melayu, kerana mereka sedar bukan semua khalayak sasarannya mengetahui kontek ayat tersebut dengan tepat.
Pemimpin politik yang beragama Islam, yang berada sebaris dengan bukan Melayu tidak berani membuat sebarang teguran. Sebarang teguran akan menyebabkan hubungan mereka akan menjadi bermasalah. Keadaan tersebut agak berlainan. Apabila ada pemimpin Islam memperkatakan larangan Islam secara tegas, mereka boleh mendesak pemimpin Islam agar menarik balik amaran tersebut.
Perkembangan yang berlaku di Kedah menjadi satu daripada beberapa insiden politik yang menakutkan orang Islam sendiri. Beberapa hari lalu, apabila cadangan menutup premis 13 jenis hiburan sepanjang bulan Ramadhan, bukan Islam bangkit mendesak agar ianya diteliti semula. Maka, kerana ingin menjaga persahabatan pemimpin pembangkang di peringkat pusat sanggup memberikan arahan agar cadangan itu dibatalkan.
Hal ini menggambarkan pembangkang masih belum menerima dan boleh menghormati urusan pentadbiran yang dilaksanakan oleh pemimpin Islam. Sebaliknya, pemimpin mereka sanggup memncabar pemimpin pusat agar melaksanakan  cadangan itu secara menyeluruh sebelum boleh negeri-negeri yang diperintah pembangkang melaksanakannya.
Inilah dualisme poltik yang berlaku di Malaysia. Kerana tidak berupaya berhadapan dengan rakan-rakan bukan Islam, kerajaan pembangkang menuding kepada kelemahan kerajaan pusat. Natijahnya, selagi undang-undang induk tidak dipinda, maka peraturan yang digunapakai di negeri tidak boleh dilaksanakan secara berkesan.
Inilah alasan yang dibuat bagi mengelakkan berlakunya politiking dalam kelompok pembangkang. Inilah kaedah penyelesaian yang mudah, menyalahkan orang lain atas masalah yang berlaku dalam pentadbiran mereka. Tidak mahu mengakui kesilapan, tetapi sebelum berkuasa sanggup membuat tuduhan bahawa undnag-undang yang masih digunapakai seharusnya dipinda kerana ia adalah warisan penjajah.
Al-Qur’an diperkenalkan dengan pelbagai ciri dan sifat. Salah satu daripadanya ialah sebagai sebuah kitab yang sentiasa terpelihara dan dipertahankan kesuciannya. Jaminan tersebut diberikan oleh Allah SWT melalui surah al-Hijr, ayat 9: “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
Allah juga pernah mencabar dakwaan sesetengah manusia bahawa al-Quran itu adalah ciptaan manusia dan bukannya Kalamulllah. Walau bagaimanapun, cabaran itu masih belum bersambut hingga sekarang. Para orientalis setakat ini hanya mampu membuat tafsiran yang silap, tetapi masih belum mampu menandingi kehebatan bahasa al-Qur’an walaupun sesetengan daripada mereka telah mendapat gelaran pakar bahasa Arab, dan mengajar bertahun-tahun bahasa tersebut.
Salah seorang yang amat mengagumi al-Quran, pakar bahasa Arab dan boleh menrafsirkan makna al-Qur’an dengan baik ialah Prof Dr Issa J Boullata. Beliau telah membuat penelitian mengenai bahasa al-Quran dan menulis beberapa buah buku mengenainya, termasuk Al-Quran Yang Menakjubkan dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia pada tahun 2008.
Mereka bukan sahaja terpesona dengan keluasan makna ayat-ayat al-Quran malah tidak mampu untuk menirunya. Semakin mendalam mereka mengkaji, semakin banyak makna yang mereka peroleh. Semakin lama mereka mengkaji, semakin sayang mereka akan keotentikan ayat-ayatnya sehingga boleh menjangkau kerelevanannya dengan masyarakat sekarang.
Kesucian al-Quran perlu dijaga dan untuk membacanya, umat Islam diwajibkan membersihkan diri dari segala kekotoran. Mereka yang ingin menyentuhnya perlu dalam keadaan berwuduk, maka apabila bukan Islam mengusung al-Quran, maka ia akan tetap dilihat sebagai satu percubaan menghina al-Quran. Menghina la-Quran bermakna menghina Islam.
Membaca al-Quran mestilah dengan tartil, iaitu berdasarkan adab termasuk  hukum tajwid dan sebelumnya seseorang itu perlu belajar memahami tanda-tanda yang terdapat bersama cara menyebutnya. Kerana keluasan makna itulah akan menyebabkan kelainan sebutan dan tajwid akan membawa makna dan maksud yang berbeza.
Untuk mentafsirkannya, seseorang itu bukan sahaja tahu berbahasa Arab, malah wajib memahami konteks sesebuah ayat itu diturunkan, kerana ia adalah wahyu dan setiap wahyu mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ia juga merupakan kaedah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menyampaikan dakwahnya kepada seluruh jazirah Arab ketika itu.
Sebarang kesilapan dan salahtafsir akan membawa padah. Ini bersesuaian dengan amaran Allah SWT: “Tidak layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalannya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”  (at-Taubah: 17)
Kerja-kerja untuk memakmur masjid termasuk solat, berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Amalan tersebut sekiranya dilakukan tanpa niat yang ikhlas apalagi tanpa keimanan kepada Allah serta bertujuan untuk mengelirukan ummah maka sudah pastilah ianya dikira suatu malapetaka yang sengaja dibawa kedalam masyarakat Islam. Yang menjadi persoalannya ada juga mereka dari umat Islam sendiri yang membela dan menyokong tindakan yang menyentuh kesucian kitab suci mereka sendiri.  Sebelum ini pernah berlaku penyalahgunaan nama Allah oleh bukan Islam juga mendapat sokongan dari mereka tertentu tetapi ramai ulama yang menentangnya sehingga hasrat tersebut terbatal.
Kita berharap agar fenomena yang berlaku hari ini juga hendaklah ditolak oleh orang Islam kerana ianya mendatangkan suatu kejanggalan yang boleh mengotori kesucian agama Islam. Ini kerana al-Quran adalah sebuah kitab petunjuk tanpa sebarang keraguan padanya. Ianya diturunkan untuk memimpin seluruh ummat manusia ke jalan yang lurus yang menjadi ibadah dengan membacanya sedangkan ibadah orang yang tidak beriman tidak akan diterima malah akan tertolak menjadi abu angin.
Apa yang dapat kita fahami sebelum seseorang itu ingin membaca al-Quran, dia perlulah beriman kepada Allah dan mempercayai bahawa kitab tersebut adalah sebuah kitab suci yang datang dari Allah penuh didalamnya segala pengajaran yang benar bukan boleh dibaca sesuka hati sekalipun oleh mereka yang tidak beriman dan menolaknya. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecahbelahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebajikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah: 107)
Adapun alasan mereka yang membenarkan amalan tersebut untuk tujuan dakwah tidak dapat diterima kerana perbuatan tersebut dilakukan dengan tujuan yang tidak baik semata-mata ikhlas untuk menerima petunjuk. Malah meniru dan membacanya untuk mengeliru fahaman umat Islam dan ianya sepertimana ditegaskan oleh Saidina Ali kepada kumpulan-kumpulan yang membaca al-Quran dan meyalahgunakannya: katanya, “Kalimah yang benar dibaca dengan tujuan palsu”. Kumpulan ini juga adalah lebih sesat dan berbahaya dari kumpulan Khawarij yang menjadi penentang umat Islam di zaman Saidina Ali Kamarawajhah. Untuk mengenali kaum Khawarij ini ialah mereka selalu menyalahgunakan al-Quran dan apa sahaja untuk kepentingan mereka, sehingga mereka sanggup menggunakan al-Quran (satu ayat) daripadanya untuk menolak hukum Islam dari al-Quran itu sendiri sehingga tindakan tahkim yang diambil pemerintah di tolak dan menyatakan mereka yang menerima tahkim tersebut sudah menjadi kufur dan keluar dari agama Islam. Dari situlah bermulanya tuduhan kafir-mengkafir sesama umat Islam sehingga di contohi sehingga hari ini.
Kesempatan ini dipergunakan oleh musuh Islam dengan jayanya dan berkesan untuk kepentingan mereka bagi melemahkan perpaduan Islam.
*  Artikel ihsan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Ahad, 17 Julai 2011

TANGISAN RASULLUAH MENGGONCANGKAN ARASY

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya."

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?"

Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab
dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukarnya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya."

Khamis, 24 Mac 2011

7 Golongan yang Berada di Bawah Naungan Allah |
سبعة يظلهم الله في ظلّه يوم لا ظل إلا ظله |
The Seven Under the Shade of Allah


Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda :
Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya :
|1| Imam yang adil
|2| Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah
|3| Insan yang hatinya terpaut dengan masjid
|4| Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah
|5| Insan yang digoda wanita yang cantik dan berpangkat, lalu ia berkata, "Sesungguhnya aku takutkan Allah",
|6| Insan yang bersedekah dengan cara tersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
|7| Insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.

:: Hadis Riwayat Bukhari & Muslim ::


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
سبعة يظلهم الله في ظله يوم ظل إلا ظله :
- إمام عادل
- و شاب نشأ في عبادة الله
- و رجلان تحابا في الله, اختماعاً عليه و تفرقاً عليه
- و رجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه
- و رجل قلبه معلق بالمساجد
- و رجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
- و رجل دعته امرأة ذات منصب و جمال فقال : إني أخاف الله رب العالمين

:: أخرجه البخاري و مسلم ::



Narrated Abu Huraira r.a., the Prophet s.a.w. said :
“There are seven whom Allah will shade in His Shade on the Day when there is no shade except His Shade:
|1| a just ruler;
|2| a youth who grew up in the worship of Allah, the Mighty and Majestic;
|3| a man whose heart is attached to the mosques;
|4| two men who love each other for Allah’s sake, meeting for that and parting upon that;
|5| a man who is called by a woman of beauty and position [for illegal intercourse], but be says: ‘I fear Allah’,
|6| a man who gives in charity and hides it, such that his left hand does not know what his right hand gives in charity; and
|7| a man who remembered Allah in private and so his eyes shed tears.”
(Bukhari & Muslim)

Rabu, 23 Mac 2011

Kasih Sayang dalam Islam

“ Sesungguhnya kasih sayang itu cabang (penghubung) kepada Allah SWT. Barang siapa yang menyambungnya,maka Allah akan menyambung (kasih sayang-Nya) dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Allah akan memutus (kasih sayang-Nya) dengannya.” (HR. Bukhori)

Islam agama penuh dengan kasih sayang. Mewujudkan kasih sayang pada diri sendiri, serta memberikan kasih sayang kepada siapa dan apa yang ada disekeliling kita adalah ibadah. Dan itulah bagian dari sifat dan jati diri orang muslim.

Hanya saja, ada tingkatan sayang dalam Islam. Tingkatan tertinggi adalah sayang / cinta pada Allah SWT lalu Rosulullah SAW.
”Katakanlah, jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah yang kamu sukai, adalah lebih utama daripada Allah dan Rosul-Nya dan berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS. At-Taubah:24)

Secara garis besar, objek kasih sayang dalam Islam adalah:

1. Sayang kepada Allah SWT
Mewujudkan rasa sayang atau cinta kepada Allah SWT dalam diri seorang muslim adalah suatu keniscayaan. Karena tidak akan sempurna ibadah seseorang kepada Allah SWT bila tidak ada rasa cinta di dalamnya.
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah …” (QS.Al-Baqoroh: 165)

2. Sayang kepada Rasulullah SAW
Mencitai Rosulullah merupakan bagian dari keimanan.
Anas berkata, Rosulullah bersabda, “Tidak sempurna iman kalian sampai aku lebih dia cintai daripada dirinya, orang tuanya, anaknya dan manusia lain keseluruhan”. (HR. Bukhori dan Muslim)

3. Sayang kepada sesama manusia
Jarir bin Abdullah berkata, Rosulullah bersabda, “Allah tidak akan menyayangi orang yang tidak menyayangi manusia lainnya.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Yang termasuk sayang kepada sesama manusia adalah:
Sayang kepada orang tua
Abu Hurairoh berkata: “Ada seorang laki-laki datang ke Rosulullah, lalu bertanya, Wahai Rosulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan sebaik mungkin? Rosulullah bersabda, Ibumu. Lalu ia bertanya, lalu siapa? Beliau menjawab, ibumu. Ia betanya, lalu siapa lagi? Ibumu, jawab Rosulullah. Ia bertanya lagi, lalu siapa? Bapakmu, jawab beliau. (HR. Bukhori)

Sayang kepada suami atau istri
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS.Ar-Rum:21)

Sayang kepada saudara
Anas berkata: Rosulullah bersabda,” Tidak sempurna iman kalian sampai ia mencintai saudaranya sebagai mana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhori)

Sayang kepada anak
Abu Hurairoh berkata: “sewaktu Rosulullah mencium Husain bin Ali, di dekatnya ada sahabat yang sedang duduk, bernama al-Aqro bin Habis at-Tamimi. Al-Aqro berkata, saya telah mempunyai 10 anak, tapi saya tidak pernah mencium satupun dari mereka. Rosulullah memandanginya, lalu bersabda,” Barang siapa yang tidak punya rasa kasih sayang, maka ia tidak akan disayangi.” (HR. Bukhori)

Sayang kepada tetangga
Said bin Abi Syuraikh berkata: Rosulullah bersabda, “Demi Allah, ia tidak beriman. Allah, ia tidak beriman. Allah, ia tidak beriman. Ada yang bertanya, siapakah yang Anda maksud wahai Rosulullah? Rosulullah menjawab, Orang yang tetangganya merasa tidak nyaman dari kejahatan dan keburukannya.” (HR. Bukhori)

Sayang kepada teman
Anas bin Malik berkata: “ Aku pernah duduk di sisi Rosulullah, lalu lewatlah seorang laki-laki. Ada laki-laki lain dari suatu kaum yang berkata, Wahai Rosulullah, sungguh aku sangat mencintai (menyayangi) laki-laki itu. Rosulullah bertanya, Apakah kamu telah memberitahukan hal itu kepadanya? Laki-laki itu menjawab, Belum. Rosulullah bersabda, Berdirilah, dan beritahukanlah kepadanya. Maka laki-laki itupun berdiri menghampirinya, ia berkata, Wahai saudaraku, demi Allah, aku mencintaimu karena Allah. Lalu orang tersebut menjawab, Semoga Allah juga mencintaimu karena kamu mencintai karena-Nya.” (HR. Ahmad, no.1198)

4. Sayang kepada haiwan
Abu Hurairoh berkata: Rosulullah bersabda,”pernah ada sorang laki-laki dalam perjalanan, ia merasa sangat haus. Kemudian ia bertemu sumur dan turun ke dalamnya, ia minum air sumur lalu keluar. Tiba-tiba ada anjing yang menjulurkan lidahnya, mengendus  tanah karena kehausan. Ia berkata dalam hatinya, anjing ini mengalami apa yang tadi aku alami. Lalu ia (turun ke sumur lagi) memenuhi sepatu kulitnya (dengan  air), lalu ia gigit dengan mulutnya lalu keluar, selanjutnya ia memberi minum anjing tersebut. atas perbuatannya itu, Allah bersyukur padanya dan mengampuni dosanya. Para sahabat bertanya, wahai Rosulullah, apakah kita akan mendapat pahala jika menolong haiwan? Beliau bersabda, “Kebaikkan kepada setiap yang punya hati (makhluk hidup) ada pahalanya” (HR. Bukhori dan Muslim)

5. Sayang kepada tumbuhan
Pesan Abu Bakar ra. Kepada pemimpin pasukannya, Yazid bin Abu Sufyan:
Dan aku berwasiat kepadamua 10 hal. ” janganlah kalian membunuh wanita, bayi atau orang tua lanjut usia. Dan janganlah kamu memotong pon yang sedang berbuah. Dan janganlah kamu merusak gedung atau bangunan. Dan janganlah kamu membunuh camping atau onta kecuali untuk di makan. Dan janganlah kamu membakar lebah atau menenggelamkannya. Dan janganlah kamu korupsi, Dan janganlah kamu berkhianat.” (HR. Malik)

6. Sayang kepada sekeliling
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (QS. Al-A’raf: 56)

Jika diperhatikan, konsep kasih sayang dalam Islam lebih lengkap dan komplit. Sehingga kita tidak perlu lagi konsep kasih sayang dari agam atau ajaran filsafat kepecayaan lain.

Jika kita benar-benar memperaktikkan ajaran Islam secara kaffah (integral), maka kita akan merasakan besarnya kasih sayang dalam diri kita, dan orang lainpun merasakannya kenikmatan kasih sayang yang menjadi bagian dari ajaran Islam.

10 Amalan untuk Mengubah Watak Diri Menjadi Baik

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

  
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

  
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. 

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Isnin, 14 Mac 2011

Adakah Taubatku Diterima oleh Allah?


Antara tanda orang yang taubatnya diterima:
  1. Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali. 
  2. Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.
  3. Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat.
  4. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.
  5. Berasa hina diri dan tawaduk.
Tanda taubat ditolak termasuk:
  1. Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.
  2. Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.
  3. Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya.
  4. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya.
  5. Tidak takut neraka dan peristiwanya.
  6. Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.
Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat.

Firman-Nya bermaksud :“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskannya dosa kamu), dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (ketika mereka berjalan), mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim, ayat 8)